Saturday 19 July 2008

Winter Sonata



Sepatutnya drama ini yang pertama saya post, sebabnya inilah drama Korea pertama yang ditayang di Malaysia dan yang pertama saya tonton, tahunnya saya dah lupa, 2003/2004 kalau tak salah.... Bolehlah dikatakan Winter Sonata yang membawa ombak 'Korean Wave' menenggelamkan minat2 orang Malaysia yang masa tu peminat2 kronik novela Venevuela, Sepanyol dan juga filem hindi..Saya pun tak terkecuali tapi malangnya kerana tugas acapkali tertinggal menonton hingga ke hari ini , walaupun ditayang semula di KBS World, ada juga episod yang masih saya belum tonton.

Bagaimanapun, saya cuba yang terbaik untuk buat ' review ' drama ini. Saya bangga juga nak kata, saya sendiri pernah menjejak kaki ke Nam-I island, lokasi penggambaran drama ini di ChunCheon. Memang selalunya lokasi penggambaran diambil kesempatan dijadikan destinasi pelancongan. Tapi percayalah, tak rugi kiranya anda melawat Korea, selain banyak tempat2 menarik, bandar2nya sangat bersih...

Kalau dulu saya kata ini drama air mata antara sebab liat sikit nak layan drama ini awalnya tetapi sejak umur dah meningkat ni, tak kisah le sampai menangis air mata darah pun, yang penting jalan ceritanya menarik saya tetap tonton.

Ini kisah tentang cinta sejati, realiti tak dapek le camni hanya dalam drama2 ala2 fairytale aje, genre inilah yang dimainkan produser2 drama Korea. Walaupun kebelakangan ini, drama Korea agak malap, tapi formula ini tetap segar dan sentiasa menarik minat penonton.

Bae Yong Jun sebagai Kang Jun Sang kembali ke Korea dari US dengan niat untuk mencari ayah kandungnya. Dia mendaftarkan diri di sekolah yang sama dengan tempat asal ibunya di ChunCheon, di sinilah dia bertemu dengan YuJin yang dilakonkan oleh Choi Ji Woo dan rakan-rakannya, Sanghyeok, Chae Rim, Jongguk dan Jongsil.

Yujin mengganggap Jun Sang budak bandar yang sombong, tanggapannya itulah yang mencetus pergaduhan kecil antara keduanya. Yujin sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Jun Sang dan dia tidak segan mengakui perasaannya itu kepada Jun Sang ( saya salut Yujin). Sambil itu Sanghyeok sebagai rakan sepermainan Yujin juga menyimpan perasaan terhadap Yujin dan dia sehabis boleh ingin Yujin menjauhkan dirinya daripada Jun Sang yang tidak diketahui asal-usulnya.

Kisah cinta Jun Sang- Yujin bermula apabila Yujin sesat dalam hutan pada satu musim salji dan Jun Sang berjaya menemuinya. Mereka kemudian berjanji bertemu di Nam-I, di sinilah banyak babak-babak romantis, ciuman kali pertama dan membuat orang salji. Mereka berjanji pertemuan berikutnya pada malam tahun baru di bandar ChunCheon. Jun Sang dijemput Yujin untuk makan malam dirumahnya, sambil membelek album milik Yujin, gambar orang yang dicarinya adalah ayah YuJin dan mungkin juga ayahnya. Jun Sang meninggalkan rumah itu tanpa diketahui Yujin untuk bertemu profesor yang dulu juga sahabat baik ibunya dan juga ayah kepada Sanghyeok.

Itu kali terakhir Yujin bertemu Jun Sang, walaupun begitu dia yakin mereka akan bertemu seperti yang dijanjikan pada malam tahun baru nanti. Hari yang dinanti tiba, Yujin dalam perjalanan untuk bertemu Jun Sang. Jun Sang pula dalam keadaan serba salah berpegang dengan janjinya...Malang akhirnya, Jun Sang terlibat dalam kemalangan apabila dia keluar dari kedai setelah membeli hadiah untuk Yoo Jin untuk pertemuan itu.

Yujin yang berkira-kira untuk memarahi Jun Sang kerana tidak hadir akhirnya dikejutkan dengan berita kematian Jun Sang dan ini memberi kesan yang amat dalam hatinya. Setelah bergelar arkitek dan menubuhkan Polaris, Yujin membuat keputusan untuk bertunang dengan Sanghyeok. Pulang dari berdandan untuk ke majlis itu, Yujin melihat kelibat seorang yang mirip Jun Sang dan mengekorinya. Terkejut, sedih, rindu semuanya berbaur dan Yujin terlewat menghadiri majlis pertunangan mengundang kemarahan kedua-dua pihak.

Lelaki itu adalah Li Minhyeong, Pengarah syarikat Marcian yang mana Polaris bekerjasama untuk membina sebuah resort peranginan tanah tinggi. Yujin yang dalam keadaan terkejut dan terdesak mulanya yakin lelaki itu adalah Jun Sang tetapi akhirnya menerima kenyataan dia adalah Minhyeong yang sekarang kekasih rakan baiknya, Chae Rim. Kehadiran Minhyeong menimbulkan pergolakan perhubungan Yujin dan tunangnya Sanghyeok.

Walaupun Yujin cuba mempertahankan hubungan dengan Sanghyeok, dia akhirnya mengalah dan menerima kata hatinya untuk memutuskan pertunangannya atas alasan dia masih tidak dapat lupakan Jun Sang dan sambil itu hatinya telah terpaut kepada Minhyeong yang juga telah memutuskan hubungannya dengan Chae Rim.

Yujin dan Minhyeong yang baru memulakan bibit-bibit cinta mereka berdepan masalah. Sanghyeok dimasukkan ke hospital dan berdepan dengan kematian kerana tidak dapat menerima tamparan ditinggalkan Yujin. Usaha Sanghyeok berjaya mengembalikan Yujin kepadanya dan mereka akan berkahwin. Sementara Minhyeong pula secara kebetulan mengetahui rahsia yang dia adalah Jun Sang. Kerana hilang ingatan kerana kemalangan itu, ibunya telah meminta seorang psycologist menanam ingatan baru dengan identiti baru kepada Jun Sang.

Dengan rahsia yang terbongkar itu, Jun Sang cuba mengembalikan Yujin kepadanya namun Yujin mengganggap itu hanya penipuan Minhyeong supaya dia menerimanya kembali. Jun Sang dengan perlahan mendapat kembali memori dan kenangan semasa zaman persekolahan dan percintaannya dengan Yujin tetapi ia juga memberi kesan kepadanya, perlahan-lahan Jun Sang akan buta. Oleh itu dia mengelakkan diri bertemu Yujin. Finalenya, mereka memang ditakdirkan bersama, Yujin bertemu JunSang yang sekarang telah buta di kediaman yang mereka reka bersama. Sesuai dengan tema drama ini, sekiranya sesat, lihatlah ke langit, jadikan bintang polaris sebagai panduan kerana walaupun bintang lain berubah kedudukan mengikut perubahan musim, polaris tetap di tempat yang sama. Jun sang adalah polaris Yu jin, walaupun berpisah mereka pasti akan bertemu semula.