Monday 21 April 2008

Peach Girl the anime

Kisses...kisses and lot of them..romantic anime with bittersweet ending...a must watch...

I choose to watch the live drama at first, lost my patience waiting for the drama to load and end up watching the anime again. Luckily, this time the complete episode just recently uploaded in youtube. Thanx to uploader.

This anime has been licensed by FUNimation so sooner this will be deleted by youtube. Hurry up! don't miss this chance.

Watch this if you like HONEY & CLOVER, OURAN HIGH SCHOOL, FRUIT BASKETS...

Next, to the review in Malay surely, I'll attached the link for English summary at the end of this post. This is what I normally do in my xanga blog. Helping non English spoken Malaysian who interested to watch Kdrama, Jdorama and even anime. Broaden their perspective on good stories especially anime could offer.

SINOPSIS
Adaptasi dari manga tulisan Miwa Euda,ditayangkan pada tahun 2005 dengan 25 episod kesemuanya. Lebih kurang OHSC, settingnya juga high school, ikutkan setiap kali terdengar suara, saya mesti teringatkan Hikaru, salah satu kembar tu.

Sebab ini manga shoujo, watak utama mestilah perempuan, Momo Adachi berusia 15 tahun baru berpindah ke sekolah baru. Berkulit tan, tinggi dan rambutnya bleach perang, disebabkan itu dia dianggap perempuan murahan. Selalunya dia ni jadi mangsa gangguan seksual. Rupa dia macam tu sebab dia adalah ahli pasukan renang ( berjemur panas dan terdedah dengan klorin).

Sejak sekolah menengah rendah, Momo ni ada crush kat Toji (Kazuya Toujigamori), dia join sekolah baru tu sebab yang sama jugaklah. Kawan rapat Momo, Sae Kashiwagi, perempuan paling cantik kat sekolah tu tapi Sae ni ada attitude tak baik, dia akan amik apa saja yang Momo suka, jeles melampaulah tu.

Satu hari, Sae tanya sapa budak lelaki kat sekolah tu yang Momo suka. Paham sangatlah Momo, kalau dia bagi tau suka kat Toji, kompem le kena kebas, jadinya dia tunjuk seorang budak lelaki, Kairi Okayasu, playboy paling besar kat sekolah tu....satu sekolah heboh kononnya, Momo bercinta dengan Kairi akibat pembawakan mulut Sae. Kairi ni plak memang jenis nakal2 gitu, jadi dia suka menyakat Momo, kebetulan pulak, dia memang suka kat Momo sejak Momo selamatkan dia dari lemas 2 tahun sebelumnya.

Kairi paham Momo suka kat Toji, jadi serba sedikit dialah yang tolong Momo hook up dengan cinta hatinya tu. Percintaan Momo-Toji ni memang ada penghalangnya, Sae, memang macam duri dalam daging, tak pernah lagi la nengok orang talam dua muka yang seganas itu. Bila ada krisis camtu, selalunya Kairi lah yang tolong diorang sebabnya dia lah orang yang paling paham perangai orang macam tu, tapi akhirnya Sae mempunyai sebab terbaik mendesak Toji berpisah dengan Momo, gambar Momo di atas katil dengan Jigoro, seorang model terkenal, itupun atas putar belit Sae.

'Clash' tetiba camtu tanpa sebab, meranalah Momo, seminggu tak datang sekolah sebab sedih melampau, Kairi lah yang selalu ceriakan suasana, temankan dia, akhirnya Momo sendiri jatuh hati kepada Kairi yang dulu dia panggil Bakayasu aka bodoh. Relationship yang ini, Sae susah sikit nak masuk daun sebab Kairi jenis tak makan saman, kena plak dia memang tak suka Kairi. Cinta yang ini penghalangnya adalah abg Kairi sendiri yang juga macam Sae, suka mencuri apa aje yang disukai adiknya. Bila tembelang abangnya (Ryo) pecah, hubungan cinta itu semakin stabil hingga ke tahap Momo sendiri sedia menjadikan hubungan mereka lebih intim tetapi ini dielak oleh Kairi....ha!, playboy ke tak?

Kairi kemudiannya mengaku menyimpan cinta kepada seorang gadis lain, dan dia masih terlalu menyintai perempuan itu. Momo yang pada saat itu, sudah terlalu dalam mencintai Kairi sanggup membiarkan dirinya menjadi orang kedua, menunggu Kairi berubah hati dan hari dia adalah yang pertama di hati Kairi.

Akhirnya, secara kebetulan Momo tahu siapalah orang yang berada di hati Kairi, Misao-Chan, nurse sekolahnya dan juga adalah guru yang dulu pernah mengajar Kairi di rumah. Walaupun selepas Kairi confess perasaannya ( atas nasihat Sae-bole harap gak kengkadang), Misao sendiri menganggap Kairi sebagai adik sahaja, Kairi memutuskan untuk mengembara sambil berfikir adakah dia betul2 mencintai Momo.

Pada hari mereka berjanji untuk bertemu ( sekiranya Kairi tidak datang selepas lima minit lepas pukul 12 maknanya Kairi sudah tidak cintakan Momo lagi) kebetulan berlaku bencana, abgnya Ryo dan Misao diserang orang dan Kairi menemankan mereka ke hospital. Lewat setengah jam, Kairi menjejaki Momo sehingga ke Shiranami (tempat perjanjian mereka), meredah ribut taufan dan tanah runtuh hanya untuk diberitahu Momo Adachi telahpun check in bersama teman lelakinya. Dia melihat mereka dari kejauhan berpegang tangan di stesen keretapi keesokkannya.....Frust giler....

Bila semester baru bermula, Kairi berlagak ceria, macam tak ada apa2 pun yang jadi. Dia menghalang Sae bercerita perkara sebenar kerana yakin Momo gembira kembali kepada Toji sehingga satu tahap dia tak dapat membendung rasa cintanya dan merayu Toji menyerahkan Momo kembali kepadanya. Toji memberi kata putus supaya Momo membuat pilihan dan pilihan itu adalah Toji.

Kairi menerima kenyataan pahit itu, walaupun didesak Sae supaya berterus-terang. Kairi akhirnya memutuskan untuk pergi ke Shiranami, sebagai simbolik melupakan cintanya terhadap Momo sementara Momo dan Toji pula bercuti bersama untuk memeterai cinta yang kembali berputik . Sae menggunakan otak liciknya dengan menaip teks ringkas kepada Momo menggunakan handphone Kairi kononnya dia akan membunuh diri. Terkejut, Momo meninggalkan Toji dan menyedari Kairi lah pilihan hatinya yang sebenar.


Saya suka scene masa Momo bersengkang mata mengait bekas h/p untuk Okayasu dan masa Okayasu memandang the new couple, Momo-Toji dari jauh...tragis...

Yang kureengg...artwork kurang menarik, jauh sangat le berbanding dengan OHSC, kena plak kalau nak banding dengan Honey&Clover, saya tak suka ending OHSC da H&C, tapi yang ni best sebab apa yang saya harapkan. Beberapa episod terakhirnya, begitu menyentuh perasaan hingga menitis air mata. Wierd ke?, kalau rasa camtu, anime bukan untuk anda. Baik anda layan Akademi Fantasia aje...

link for English Summary

Thursday 17 April 2008

Sunday 13 April 2008

Hong Gil Dong

click for English review


Post saya awal 2 episod saja dari original show kat KBS World, walaupun drama ini dah tamat kat KBS2. Dah tak faham bahasa Korea, tunggu aje lah subs nya, ye tak?

Hong Gil-Dong, genre drama ini berbeza dengan drama epik yang lainnya, buat masa ini drama2 jenis inilah yang menjadi kegemaran penonton2 di Korea. Dari Dae Jo Young, Hwang Jini, Jumong dan terkini King Sejong tapi sajian Hong Gil-Dong lebih ringan dan komikal. Sesuai untuk orang yang tak mahu kerut-kerut dahi macam saya, jaga awet muda lah katakan....

Hong Gil-Dong adalah anak luar nikah seorang menteri kerajaan, Yipan minister ( maksudnya Minister of War). Pada zaman feudal , anak luar nikah tidak mempunyai apa2 status, walaupun ayahnya seorang pegawai tinggi kerajaan, dia tidak layak mewarisi apa2 pun. Tambahan lagi, Gil-Dong sendiri menyalahkan ayahnya atas kematian ibunya dan sejak itu dia sendiri memilih dan menentu hala tuju hidupnya.

Hong Gil-Dong awalnya berhajat meninggalkan Korea dan pergi ke China. Takkan pergi bodoh aje, ye tak?..kena lah ada persediaan. Heo Yinok yang baru aje pulang dari China adalah calon yang paling sesuai untuk menjadi gurunya. Bermulalah sesi suai kenal mereka, dari musuh, kawan kemudiannya jatuh cinta.

Secara tak sengaja, dia menyelamatkan ketua pengemis, dan sebelum mati, Gil-Dong diminta memberi amaran kepada ahli pengemis lainnya, dia juga diberikan cokmar kumpulan pengemis. Bermula detik inilah kumpulan Hwal Bin Dang dibentuk. Mereka merompak bangsawan dan memberikan hasilnya kepada rakyat. Tidak lama, kumpulan ini yang mendapat sokongan rakyat menjadi semakin besar dan kukuh.

Hong Gil-Dong kemudian berganding bahu dengan Chang Hwi ( anak raja yang dibuang) untuk menguling raja sekarang yang dianggap gila dan zalim. Gil-Dong sendiri tidak ingin menjadi raja dan dengan menolong Chang Hwi merampas balik takhtanya, dia yakin dunia baru yang adil akan wujud di bawah pemerintahan anak raja itu. Dalam usahanya itu, ayahnya juga terkorban ( terbunuh kerana menegakkan rajanya) , kerana masing2 tegak dan percaya kepada pilihan sendiri.

Sayang sekali, segala usaha, anggapan baik itu, penghujungnya sia-sia, Chang Hwi sekarang seorang raja dalam usaha mengekal statusnya mesti mengorbankan Gil Dong. Gil-Dong dengan ideologinya, dunia kesamarataan dan Chang Hwi dunia ketuanan. Pertembungan kepercayaan berbeza ini tak memungkinkan wujudnya negara yang stabil. Peperangan meletus antara kedua-dua sahabat ini, ketika ini juga Yinok membuat keputusan meninggalkan Chang Hwi dan kembali kepada Gil-Dong.

Pengakhirannya amat sedih ( pada saya) tapi disebalik itu terselindung simboliknya drama ini, maksud paling besar tujuan cerita-cerita sebegini ditulis. Finale episodnya dibuat dengan cantik sekali dan penuh makna.

Walaupun coming to 2-3 end of the drama, mood saya makin menurun tapi saya suka drama ini kerana,

Yi Nok quote,'' I love you''
Gil-dong quote,'' Lakukannya sehingga engkau terasa hendak mati, barulah engkau boleh kembali kepada aku, kerana bila engkau kembali, aku pasti takkan benarkan kau pergi''.

muatturun if-hong gil dong OST

Hello! Miss

Yahoo!....1st post...Lama gak fikir apa kebende nak ditulis kat blog ni, after setahun blogging kat tempat lain, sebab suka sangat blog site tu, user friendly, suka2 hati tukar layout cantik-cantik sampai le dia naik jammed, lambat gilerz nak open page, kalau guna celcom broadband, langsung le fail.., and finally nilah post pertama saya.

Share sket, citer Korea yang pertama saya tonton ialah Winter Sonata, when was it, 1997?...the first drama saya fall in love Autumn in my heart aka Endless Love..alkisahnya...sebab dah banyak sangat nengok , why not share my view, dulu2 saya beli drama boxnya, sekarang no more, nengok online je...bukan murah, ratusan regenya.

wokey, tanpa melengah masa, my review, summary whatever you want to called it.

Bagi orang minat nak nengok, finale nya best, happy ending...Ceritanya? ehem..ehem...pada saya biasa je, mungkin terlalu banyak layan drama Korea, story line lebih kurang aje, jadi tak de lah terlampau teruja dengan drama ini.

Lee Da Hae sebagai Lee Soo Ha, watak utama drama ini. Kalau sekarang tengah layan kat 8TV, lupakanlah, you know the story but do you understand it? Dipanggil Aegeshi (maksudnya cik dalm bahasa Malaysia), gelaran hormat kepada penjaga rumah Hwa An Dang milik Jae Ahn Lee clan, serpihan zaman Chosun dulu, rumah inilah lambang wujudnya 'clan' mereka. Sekarang sebagai penjaganya, tugas Soo Ha, mengekal dan membaik pulih rumah itu and that is just what she is doing, looking for loan.

Hwang Dong Gyu (Li Ji Hoon) ditugaskan oleh datuknya, presiden syarikat TOP membeli Hwa An Dang, dulu dia bekerja di rumah besar ini, atas beberapa sebab dia dihalau dan sejak itu menyimpan hasrat menjadikan Hwa An Dang miliknya.

Sebagai CFO syarikat itu, dan cucu yang baik, tanggungjawab itu dipikul sebaiknya Dong Gyu. Dalam proses memujuk Lee Soo Ha menjual Hwa An Dang, Dong Gyu akhirnya jatuh cinta dengan Soo Ha, bertepuk sebelah tangan mulanya sebab Lee Soo Ha sendiri menganggap itu salah satu cubaan TOP untuk memiliki rumah keluarganya. Bukan itu saja, dia tersepit antara dua adik beradik Hwang itu yang menagih cintanya.

Cerita ini lebih kurang My Girl, comical drama ,lakonan Lee Da Hae yang dulu. Saya sendiri tak nampak Lee Da Hae lebih baik dan meningkat dari wataknya dalam drama My Girl, terlalu similar tapi yang pastinya, Lee Dae Hae sangat cantik memakai Han-bok, terasa menonton cerita2 period, terutama nya lagi bila dia bercakap gunakan 'accent' Korea lama. I love it!!

Li Ji Hoon, kalau pernah menonton drama Wonderful Life, this drama adalah wajah lain Li Ji Hoon. Tak sangka boleh bawak watak comical and innocent person, he definitely had jump out from the box. Drama ini adalah the best of Li Ji Hoon, seeing every move and face expression, memang akan jatuh hati, too cute, too adorable....what can I say, memberi nafas drama ini dan karakter paling kuat , outshine the rest , tanpa Li Ji Hoon...this drama a total failure for me, at least....

Link for english review, boleh download OST gak