Wednesday 29 July 2009

JODHAA AKBAR






Saya bukan peminat tegar filem Hindi, hanya kadang kala genre filem itu sendiri yang menarik minat saya menonton, ditambah lagi adanya Hrithik Roshan dan Aiswarya Rai. Dua pelakon yang dianggap 'couple' paling serasi filem Hindi.

Filem ini budget besar, kosnya saya kurang arif, tidak rajin untuk menjengah jaringan ke jaringan mencari maklumat. Fokus saya lebih kepada apa pendapat dan perasaan saya menontonnya.

Saya mungkin tidak adil menilai tapi jujur saya katakan saya tidak berpuas hati dengan penceritaan filem ini. Entah apa salahnya, saya sentiasa membanding filem ini dengan Devdas sepanjang tayangan. Isu perkahwinan berbeza agama begitu menganggu saya sedangkan ini bukan perkara luar biasa di India sendiri. Keserasian antara Hrithik sebagai Akbar dan Aish sebagai Jodha, puteri Rajput yang dikahwinkan atas sebab politik memang begitu mengasyikkan ditambah alunan lagu merdu komposer prolifik AR Rahman. Dua perkara ini saja meyakinkan saya untuk terus menonton filem ini ke akhirnya.

Sekali imbas, tiada apa yang kurang tentang filem ini, pelakon cantik dan kacak, berjaya pula mengangkat watak mereka, lagu yang indah, set yang gah tapi apa yang kurang pada saya ceritanya tidak lancar. Akbar adalah pemerintah Mughal paling berjaya, terkenal dengan kebijaksanaannya terutama taktik peperangan. Di zamannya ilmu dan seni bina islam berkembang pesat di India. Sayangnya, maklumat utama ini tidak diceritakan dengan yakin. Akhirnya bagi saya filem ini tak lebih dari metafora bukan sejarah.

Tuesday 31 March 2009

A Love To Kill




Dah lama teringin memiliki DVD drama ini. Kebetulan KBSWorld baru-baru ini membuat tayangan semula dan dengan English Sub rasanya saya akan keep on hold lagi sehingga habis tayangannya. Drama yang didukung oleh Rain ( Jeong Ji Hoon), bagi saya ini adalah persembahan terbaik Rain, yea...Full House is entertaining tapi drama ini diberi jiwa sepenuhnya oleh Rain.

Jalan ceritanya agak perlahan, lebih stress, tegang dan serius...boleh katakan drama ini hanya dilembutkan oleh watak-watak sampingan. Walau bagaimanapun kebolehan Rain dan Shin Mina menjiwai watak memang tak boleh disangkal lagi. Semasa biography Rain yang dipersembah oleh Discovery Channel, Rain mengakui satu-satunya cara melepaskan kemarahannya ialah menjayakan watak dalam drama/filem sebaik mungkin.

Sebagai BokGu, Rain adalah peninju. Selepas 10 tahun, dia bertemu semula dengan abang kesayangannya, hanya seketika....abangnya membunuh diri dengan terjun dari bangunan...Fikirnya, abangnya berbuat demikian kerana ditinggalkan kekasihnya, pelakon meningkat naik, Cha Eunsuk. Bermula episod ' revenge' Bokgu terhadap Eunsuk, caranya dengan mendekati EunSuk dan membuat Eunsuk jatuh cinta kepadanya. Dengan itu EunSuk juga akan merasai apa yang abangnya rasakan apabila ditinggalkan. Sebenarnya ia tidak semudah itu, BokGu benar2 jatuh cinta kepada EunSuk. Bagi saya, takdir menentukan pertemuan mereka yang dihubungkan dengan Minku ( Abang BokGu).

Pengakhirannya, kedua adik beradik itu ( Minku & BokGu) menemui penghujung yang tragis