Sunday 13 April 2008

Hong Gil Dong

click for English review


Post saya awal 2 episod saja dari original show kat KBS World, walaupun drama ini dah tamat kat KBS2. Dah tak faham bahasa Korea, tunggu aje lah subs nya, ye tak?

Hong Gil-Dong, genre drama ini berbeza dengan drama epik yang lainnya, buat masa ini drama2 jenis inilah yang menjadi kegemaran penonton2 di Korea. Dari Dae Jo Young, Hwang Jini, Jumong dan terkini King Sejong tapi sajian Hong Gil-Dong lebih ringan dan komikal. Sesuai untuk orang yang tak mahu kerut-kerut dahi macam saya, jaga awet muda lah katakan....

Hong Gil-Dong adalah anak luar nikah seorang menteri kerajaan, Yipan minister ( maksudnya Minister of War). Pada zaman feudal , anak luar nikah tidak mempunyai apa2 status, walaupun ayahnya seorang pegawai tinggi kerajaan, dia tidak layak mewarisi apa2 pun. Tambahan lagi, Gil-Dong sendiri menyalahkan ayahnya atas kematian ibunya dan sejak itu dia sendiri memilih dan menentu hala tuju hidupnya.

Hong Gil-Dong awalnya berhajat meninggalkan Korea dan pergi ke China. Takkan pergi bodoh aje, ye tak?..kena lah ada persediaan. Heo Yinok yang baru aje pulang dari China adalah calon yang paling sesuai untuk menjadi gurunya. Bermulalah sesi suai kenal mereka, dari musuh, kawan kemudiannya jatuh cinta.

Secara tak sengaja, dia menyelamatkan ketua pengemis, dan sebelum mati, Gil-Dong diminta memberi amaran kepada ahli pengemis lainnya, dia juga diberikan cokmar kumpulan pengemis. Bermula detik inilah kumpulan Hwal Bin Dang dibentuk. Mereka merompak bangsawan dan memberikan hasilnya kepada rakyat. Tidak lama, kumpulan ini yang mendapat sokongan rakyat menjadi semakin besar dan kukuh.

Hong Gil-Dong kemudian berganding bahu dengan Chang Hwi ( anak raja yang dibuang) untuk menguling raja sekarang yang dianggap gila dan zalim. Gil-Dong sendiri tidak ingin menjadi raja dan dengan menolong Chang Hwi merampas balik takhtanya, dia yakin dunia baru yang adil akan wujud di bawah pemerintahan anak raja itu. Dalam usahanya itu, ayahnya juga terkorban ( terbunuh kerana menegakkan rajanya) , kerana masing2 tegak dan percaya kepada pilihan sendiri.

Sayang sekali, segala usaha, anggapan baik itu, penghujungnya sia-sia, Chang Hwi sekarang seorang raja dalam usaha mengekal statusnya mesti mengorbankan Gil Dong. Gil-Dong dengan ideologinya, dunia kesamarataan dan Chang Hwi dunia ketuanan. Pertembungan kepercayaan berbeza ini tak memungkinkan wujudnya negara yang stabil. Peperangan meletus antara kedua-dua sahabat ini, ketika ini juga Yinok membuat keputusan meninggalkan Chang Hwi dan kembali kepada Gil-Dong.

Pengakhirannya amat sedih ( pada saya) tapi disebalik itu terselindung simboliknya drama ini, maksud paling besar tujuan cerita-cerita sebegini ditulis. Finale episodnya dibuat dengan cantik sekali dan penuh makna.

Walaupun coming to 2-3 end of the drama, mood saya makin menurun tapi saya suka drama ini kerana,

Yi Nok quote,'' I love you''
Gil-dong quote,'' Lakukannya sehingga engkau terasa hendak mati, barulah engkau boleh kembali kepada aku, kerana bila engkau kembali, aku pasti takkan benarkan kau pergi''.

muatturun if-hong gil dong OST

No comments: