Saturday 28 June 2008

KangJeok/Powerful Opponents/Formidable Rivals


It took me sometimes to finally post this because I'm disappointed with the ending, so cliche and feels like this drama actually not going to end but the reality is, it's not going to continue either.

Sinopsis

Cerita berkisarkan tanggungjawab pengawal (bodyguard) kepada president. Cha Young Jin dan Yu Gwan Pil adalah bodyguard baru dan ditugaskan menjaga anak lelaki kepada presiden, Kang Su Ho. Drama ini bermula dengan Young Jin dan Gwan Pil yang masih dalam kem latihan sebelum memulakan tugas mereka dan mereka adalah rivals yang tegar, masing2 berlumba menunjukkan kehebatan masing-masing. Atas kecemerlangan dalam latihan keduanya terpilih untuk berkhidmat kepada keluarga presiden.

Bagaimana tak suka pun, kedua-duanya dipasangkan sebagai rakan setugas dan mereka belajar bertolak ansur dan memahami pasangan setugas. Menjaga Su Ho memang cabaran besar buat keduanya terutama Young Jin bila Su Ho menaruh hati padanya. Gwan Pil yang dilayan istimewa keluarga presiden juga membawa tanda tanya.

Kepercayaan pasangan setugas ini diuji dengan konflik yang melanda Gwan Pil yang dituduh memalsukan identitinya sebagai single sedangkan dia mempunyai anak. Integritinya sebagai seorang bodyguard disoal kerana anaknya itu nanti akan mengganggu tugasnya melindungi presiden. Ini kemudiannya dibukti salah oleh Gwan Pil dengan pertolongan Young Jin yang menjaga Got Nim semasa Gwan Pil perlu bertugas.

Hubungan Gwan Pil dengan Su Ho juga memberi tanda tanya. Su Ho mendapat kembali ingatannya setelah mengalami kemalangan 8 tahun sebelumnya, terbongkar rahsia Got Nim ialah anak kandung Su Ho. Rahsia ini tersebar setelah Nam Dowu, ketua kepada Young Jin dan Gwan Pil secara sengaja bertanya tentangnya di khalayak ramai dan ini terdengar oleh seorang wartawan. Young Jin dipersalahkan dan diarah meletak jawatan kerana melanggar protokol bodyguard tetapi Gwan Pil dan Su Ho akhirnya berjaya membuktikan siapakah pengkhianat sebenar.

Gwan Pil mengalami tekanan kerana perlu menyerahkan Got Nim kepada keluarganya yang sebenar. Young Jin menemaninya semalaman dan bunga-bunga cinta itu akhirnya mengambil alih fikiran rasional Gwan Pil yang menjawab pertanyaan Young Jin, siapakah dirinya kepada Gwan Pil.

Tetapi akhirnya, hubungan cinta tiga segi ini tak membawa kemana bila Young Jin menolak kedua-duanya walaupun mengaku mempunyai perasaan kepada Gwan Pil dan ianya berakhir begitu setelah mereka berjaya menangkap Nam Dowu yang ingin membunuh Su Ho kerana dendam setelah dirinya dibuang kerja.

Saya sukakan watak Gwan Pil, dia mungkin semulajadi berwajah demikian tapi pada saya bukan perkara mudah membawa watak yang menyatakan perasaan dengan riak muka, cerita yang simple dan lebih dekat dengan realiti memang menjadi minat saya tetapi pengakhiran ceritanya yang begitu terlalu mengecewakan, sudahlah Gwan Pil dan Young Jin akhirnya tidak menjalinkan cinta ( bukan niat nak mereka hook up together) tetapi tak perlulah diadakan satu lagi watak yang similar untuk dipasangkan dengan kedua-duanya, too much I say.

OST DOWNLOAD AND ENGLISH REVIEW


No comments: