Monday 9 June 2008

Three Dads One Mom









I've got the answer to the main question, whose the father? and who will hook up with Na Yeong?

Read the review, you've been warning of the **spoiler...


Sinopsis

Ha..ha..ha...truly sorry for anybody who can't understand Malay...

Bersiaran di KBS World setiap Khamis dan Jumaat, sebaik sahaja berakhirnya Hong Gil Dong ( boleh baca review saya yang dulu)

Drama komedi ini adalah adaptasi manga/komik , I believe read it somewhere before unfortunately couldn't get the info. Well, teruskan aje ke sinopsisnya Jeong Sung Min yang berkahwin dengan Song Na Yeong ( Eugene) sedang berusaha mendapatkan anak setelah 2 tahun berkahwin. Doktor mengesahkan Sung Min mempunyai masalah kekurangan sperma punca masalah isterinya Na Yeong belum hamil.

Kasihan melihat isteri kesayangannya yang begitu teringin menimang anak, Sung Min meminta 3 rakan baiknya, Han Soo Hyeon ( Jo Hyun Jae), Choi Kwang Hee ( Jae Hae) dan Hwang Kyung Tae ( Shin Shun Rok) mendermakan sperma. Ditolak mentah-mentah olah ketiganya tapi atas desakan Sung Min dan arak, mereka akhirnya bersetuju tanpa sedar. Hingga ke hari ketiga-tiganya perlu ke bank sperma, mereka masih berbelah bahagi tapi atas hubungan rakan baik mereka melakukannya juga. Walaubagaimanapun ketiga-tiga menghalang Sung Min dari menggunakan sperma itu dan dipersetujui Sung Min. Lega lah hati masing2 bagaikan berakhirnya nightmare memikir apa akan jadi dengan hidup bujang mereka seterusnya walaupun diyakinkan Sung Min, anak itu akan ditanggung penuh olehnya tambahan ketiga-tiganya memang tak berapa berkenan dengan Na Yeong sendiri.

Malang tak berbau, Sung Min menemui ajal ketika usia kandungan Na Yeong 6 bulan, menjadi tanggungjawab ketiga-tiganya sekarang untuk menjaga Na Yeong. Mereka menemui video kenang-kenangan milik Sung Min semasa mengemas dan di dalamnya terdapat berita mengemparkan ketiga-tiganya, Sung Min menggunakan sperma mereka untuk menghamilkan Na Yeong. Inilah klimaks cerita dan tanda tanya drama ini.

Walaupun Na Yeong ditunjukkan video itu, tapi dalam esok tangisnya itu akhirnya ketiga-tiga lelaki itu membiarkan sahaja dan bersetuju menyimpan rahsia dan akan berkongsi tanggungjawab menjaga Na Yeong dan bayinya nanti tidak kira siapakah ayah kandungnya nanti. Na Yeong berkelulusan universiti tapi dalam keadaan dirinya yang mengandung menghadapi masalah untuk mendapatkan kerja. Jangan ketinggalan aksi-aksi kelakar lelaki bujang yang mengambil alih tugas suami Na Yeong menyertai kelas Lamaze, membuat persediaan menyambut kelahiran hinggalah menjaga bayi.

Watak2 Utama

Song Na Yeong ( Eugene Kim)

Sapa tak kenal Eugene. Peminat setia Eugene mesti pernah tengok lakonannya dalam Love Truly, Save your Last Dance dan Wonderful Life. Eugene memang tak mengecewakan, mungkin tak sebagus Wonderful Life tapi jangan lupa drama ini didukung oleh 3 lagi watak besar. Na Yeong naive, tak pandai memasak ( memang jadi kutukan 3 watak lelaki utama drama ini) tapi sebagai ibu tunggal dia berusaha yang terbaik untuk anaknya. Na Yeong terpaksa menipu dirinya masih single untuk mendapatkan pekerjaan bermula dengan sales guide, dia kemudiannya bekerja sebagai building consultant. Usaha kerasnya itu mendapat perhatian Soo Hyeon. Beberapa babak romantik membolehkan anda menjangka siapa pilihan Na Yeong

Han Soo Hyeon ( Jo Hyun Jae)

Dia ni memang peberet aktor saya sejak saya nengok dia berlakon Sunshine of Love dengan Song Hye Kyo. Comel tul la, cute nya plus dia banyak menyumbang suara dalam drama ni. Saya rasa dia ni awkward sket dengan baby, jarang sangat dapat tengok dia pegang baby. Paling mengesankan masa scene baby hilang sebab tertukar. Kecut perut member tu, baru le nampak sayangnya dia kat Ha Seon. Soo Hyeon berkerja sebagai broker/ investment consultant. Kesayangannya adalah kereta yang dibeli dengan segala duit simpanannya. Disebabkan dia ni broker, automatik dialah jadi financial supporter untuk segala keperluan Ha Seon. Tabiat dia yang berkira pasal duit lah menyebabkan Na Yeong tak berapa suka kat dia awalnya tapi dia ni jenis mulut je bebel tapi hatinya baik. Motto dia, nak kaya kahwin dengan anak orang kaya. Bercinta dengan Soe Yeon, anak seorang clientnya. Segala duit yang dilabur untuk dating dengan perempuan ini dia anggap sebagai investment tetapi akhirnya dia sendiri tak dapat menidakkan perasaan terhadap Na Yeong. Bezanya Soo Hyeon dengan rakannya yang lain, dia ni praktikal, tak tunjuk dia desperate angaukan Na Yeong.

NaHwang Gyeong Tae

Didukung oleh Song Shun Rok. Pertama kali menonton lakonannya dalam drama Thank you. Bekerja sebagai polis, dia menganggap dirinya adalah ayah kandung Ha Seon. Seorang yang sangat jujur dan tak pandai menipu. Kalau nak dapat citer sebenar, Na Yeong selalunya akan menerjah dia dulu. Dia amat cintakan Na Yeong sebab yakin benar Ha Seon anaknya, perkara ini dinyata dengan jelas kepada kawan-kawannya terutama selepas dia keluar dari hospital kerana ditikam.

Choi Kwang Hee (Jae Hee)

Saya kenal dia sebagai Mong Ryong sebab lakonannya dalam Sassy Girl, Chun Hyang. Kwang Hee adalah independent manga artist. Berkerja di rumah sendiri, jadi dia lah bertanggungjawab menjaga Ha Seon pada waktu orang lain keluar bekerja. Tidak hairanlah Ha Seon lebih rapat dengannya dan ini mendatangkan rasa sayang Kwang Hee lebih daripada seorang pakcik. Dia juga declare sukakan Na Yeong tapi kurang pasti adakah kerana dia cintakan Na Yeong ataupun sengaja berbuat begitu selepas Gyeong Tae mengaku ingin memperisterikan Na Yeong. Orang pertama melihat 1st walk Ha Seon tapi bukan orang pertama mendengar Ha Seon menyebut Papa. Orang itu ialah Soo Hyeon yang kebetulan mengambil alih tugas menjaga Ha Seon kerana Kwang Hee perlu berjumpa editornya.

English review and download ost here


No comments: