Friday 21 November 2008

Qaisy & Laila



Saya ambil 3 tahun untuk akhirnya menulis tentang filem ini, satu-satunya filem melayu moden yang tak jemu saya tonton. Hasil karya Habsah Hassan dan arahan Raja Ahmad Alauddin ini mengangkat kisah kemanusiaan, pengorbanan sukarelawan perubatan Malaysia di negara yang dalam peperangan dan tidak lupa kisah cinta.

Saya membaca blog yang menulis pengalamannya menonton filem ini semasa di panggung, hanya berdua seluruh panggung, bak kata orang filem ini tiada sambutan dari penonton melayu khususnya. Sedih saya mengenangkan mentaliti orang melayu, kalau cerita 'lawak bodoh' mesti jadi filem pecah panggung. Teringat pepatah Eman Manan baru-baru ini semasa mempromosikan filemnya Wayang.

" bukan susah untuk kita mempopularkan filem kita di luar negara, kita hanya perlu buat filem yang memperbodohkan diri kita sendiri, pasti orang akan mengagungkan kita", katanya.

Saya pula tidak suka menonton filem di panggung kerana kurang senang dengan situasinya, sedang asyik melayan cerita ada orang di hadapan yang asyik dengan telefon bimbitnya, suara orang berbisik,orang yang asik keluar masuk panggung tak kira lagi yang ada membawa anak-anak yang memang tak reti etika hormat orang lain. Oleh itu lebih senang beli aje 'movie'nya dan tengok kat rumah, nak lebih syok beli home theater...

Filem ini didukung oleh Fazura sebagai Laila dan Jehan Miskin sebagai Qaisy. Seingat saya ketika itu kedua-duanya adalah pelakon baru. Keseluruhan babak filem ini ditangkap di Quetta, sempadan Afganistan dan Pakistan.

Filem ini diwar-warkan sebagai kisah cinta tapi ia lebih dari itu, meruntun jiwa saya bila babak kanak-kanak berebut roti, suara latar Laila dalam e-mail kepada ibunya,

''kanak-kanak merebut roti sehingga ke cebisan yang terkecil''.

Begitu pula bila Qaisy menerangkan, kanak2 mencari serpihan periuk api untuk dijual buat makanan, kehilangan nyawa kalau tidak setiap hari, setiap minggu, setiap bulan..begitu susah sekali hidup di negara yang berperang.

Cinta Qaisy & Laila bukan cinta fizikal...Cinta mereka adalah cetusan semangat Laila buat Qaisy meneruskan perjuangannya. Cinta tanpa banyak kata-kata ini digambarkan dengan babak-babak yang indah persis menonton drama korea, Autumn in my heart.

No comments: